The Syndicate of Photography

Posts Tagged ‘kuala lumpur’

Click*Syndicate Kembali.. Intan & Fairuz Part #1


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia Click*Syndicate | The Blog ni.. Pheww.. Dah berapa lama saya tak sempat nak update blog ni dan terbiar bersawang.. Maafkan saya guys and girls..! Semenjak dua menjak ni macam-macam perihal isu-isu berbangkit terjadi.. Baik pada keluarga saya sendiri dan juga pada hala tuju Click*Syndicate photography. Kesihatan kedua orang tua saya (Mak dan Abah) berada ditahap yang agak merisaukan, (at least untuk seorang anak sulung seperti saya, ianya merisaukan). Bila tubuh tua mereka semakin dimamah usia dan kesihatan yang semakin meruncing, saya jadi terpana dan pilu. Segala usaha saya untuk menjaga dan berikhtiar berubat buat mereka bercampur aduk dengan bebanan kerja yang ditanggung.. Saya tidak merungut langsung, hanya sekadar mahu berkongsi kisah suka duka saya selama ini..

Click*Syndicate kini bukan lagi sebuah organisasi seperti mana ianya dahulu. Organisasi yang saya maksudkan ialah begini: Sebelum ini, Click*Syndicate adalah ramai.. Terdiri dari beberapa jurugambar professional dan separa profesional di bawah satu nama iaitu Click*Syndicate Photography.. Kini, Click*Syndicate hanyalah saya seorang.. Click*Syndicate ialah Farul Azri dan Farul Azri ialah Click*Syndicate. Tiada lagi Abu Bakar Fahmi a.k.a Enche Burn dan juga Daniel Malek atau Danny Malek dan juga tiada lagi mana-mana photographer yang bersama Click*Syndicate melainkan saya seorang.. Apa yang ada hanyalah mana-mana photographer profesional dan separa profesional yang akan ‘tag-along’ bersama saya dalam assignment assignment akan datang.. Tidak timbul langsung isu-isu seperti photographer bermasam muka sesama sendiri atau sebagainya.. Saya sebagai Principal Photographer telah menyediakan wadah dan juga ruang ilmu bagi mereka-mereka ini belajar dari pengalaman yang ingin saya taburkan secara percuma yang telah lebih 10 tahun saya kutip dalam kerja-kerja mengambil gambar (cuma setahun kebelakangan ini saya kembali aktif setelah diam bertahun lama) tapi atas alasan-alasan mereka sendiri yang tidak mahu (mungkin ego) belajar, maka apa daya saya lagi.. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka semua.. Amin dan inshaallah..

Buat Mak dan Abah, inshaallah.. Kesihatan yang baik masih ada buat kalian.. Buat Mak, Selamat Hari Ibu pada tanggal Mei 8 yang lepas dan buat Abah, Selamat Hari Bapa yang akan datang bulan depan.. Buat semua pengunjung The Blog ini, maafkan saya kerana dah lama tak update apa-apa gambar ataupun info terbaru, so bersama posting kali ini saya sertakan gambar-gambar sekitar majlis resepsi Intan & Fairuz di Taiping, Perak bersama rakan photographer saya Enche Hasbullah Hashim atau lebih glamer dengan nama Pak Lah The Pegawai Uganda.. Hehehe..

Gambar-gambar majlis ini akan saya bahagikan dalam 3 bahagian; #1 – Make up, #2 – Majlis Resepsi dan #3 – Outdoor.. So, guys and girls, keep on visiting okay.. Saya akan kembali aktif mengemaskini The Blog untuk tatapan anda semua.. Inshaallah..!

Wassalam

Farul Azri
Principal Photographer | Creative Director
Click*Syndicate Photography

+ (6) 012 610 8355
farulazri@click-syndicate.com



(more…)


Faces of Thaipusam 2010

Last Saturday, our Principal, Farul Azri was out to shoot Thaipusam Ceremony in Batu Caves, Kuala Lumpur with Daniel Malek. It’s an annual event of Hindu’s believers. This photo album is specially dedicated to all of our Indian friends. Happy Thaipusam guys and girls. Next year we plan to shoot Thaipusam at night.. That should be interesting.. LOL..

And by the way, we’re now fully open for an Indian and Chinese wedding photography. So contact us for more details! Our time period for 2009 Year End Wedding promotions is running out, so wait no more and make your booking’s today! Our Valentine’s Day Specials Portraiture Promotion also starts today. So makes your booking now. Check out our promotions page for more info or call our Farul Azri directly at + (6) 012 610 6355.

CAUTION: This Thaipusam photo collections is not for those faint hearted.. For more photos, click the link below. Proceed at your own risk..

(more…)


Sekali Terjumpa Video Lama La Pulak…

Petang tadi sewaktu aku mengemas internal dan external hard disk kat komputer aku ni, tiba-tiba terjumpa beberapa clip video lama yang aku rakam masa ‘farewell party-lah-sangat’ waktu aku resign dari Berita Harian, New Straits Times Press Berhad. Serius aku dah lupa langsung fasal video ni sebab terlalu sibuk dengan urusan aku yang sekarang ni dah full time buat photography dengan Click*Syndicate.. Bila aku view balik satu-satu clip video ni, terus tangan gatal nak buat post-produstion dan editing.. Hihi.. Teringat la pulak kat budak-budak nih semua.. Haha.. Layan kan aje ok.. Sajossss…!

:D

2009-packagea
2009-packageb


Anil + Zam = Pre Wedding

far-160509-38

Bila dah ramai tanya kat kami ‘bila la nak upload gambar pre-wed Anil dengan Zam tu?’ makanya kami tak boleh nak buat diorang semua tunggu-tunggu lagi. *Jeng-Jeng-Jeng* (Muzik suspen). Gambar-gambar mereka semua kami dah deliver pun kat pasangan bakal pengantin tu. Tak sampai seminggu pun untuk siapkan semua. Amacam? Cepat tak..? Hahaha..

Anil dan Zam ni adalah satu pasangan yang sangat loving gitu. “Sweeeeeet..” bak kata Enche Burn (pembantu fotografer kami). Pada kami, mereka sangat ideal dan romantik! Mereka sangat sepasang seperti kata pepatah Melayu lama, “Ibarat merpati dua sejoli” – “Bagai pinang dibelah dua”. Diorang ni punya tahap sempoi, sampai fotografer tak perlu suruh atau minta untuk buat pose – Natural je semua… Jadi ianya banyak memudahkan kerja-kerja kami. Cuma cuaca panas terik dengan bahang dan haba yang melanda Malaysia semenjak-dua menjak ni menjadikan kami semua cepat letih dan dahaga. Habis jugak la beberapa bijik mineral water botol bersaiz besar.. Haha.. Tapi hal kerja – kami tetap komited!

(more…)


Cahaya Di Bukit Cahaya

dsc_0055

Cahaya…
Sesuatu yang ramai tak bisa hidup tanpanya. Ramai yang takut tinggal dalam gelap. Resah & gelisah. Begitu jugalah dengan kita ini manusia dijadikan berpasangan… Tak mungkin bisa hidup kesunyian tanpa pasangan.

Semalam…
Kami bertungkus lumus di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam untuk merakamkan cahaya cinta yang wujud antara pasangan bakal pengantin ini – Anil Ezatul & Ros Muhammad Nizam.

Gambar ini hanya bertindak sebagai teaser… Hehehe.. Gambar lain akan kami upload kemudian.
sila-sila lah komen mana-mana yang patut…

Wasalam :D

//www.click-syndicate.com/
contact@click-syndicate.com

Click*Syndicate’s Facebook Page
Click*Syndicate's Facebook Page


Nikee Vanderveen

mlk_48
mlk_45
mlk_47

//www.click-syndicate.com/
contact@click-syndicate.com

Click*Syndicate’s Facebook Page
Click*Syndicate's Facebook Page