The Syndicate of Photography

Photographic

Click*Syndicate Kembali.. Intan & Fairuz Part #1


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia Click*Syndicate | The Blog ni.. Pheww.. Dah berapa lama saya tak sempat nak update blog ni dan terbiar bersawang.. Maafkan saya guys and girls..! Semenjak dua menjak ni macam-macam perihal isu-isu berbangkit terjadi.. Baik pada keluarga saya sendiri dan juga pada hala tuju Click*Syndicate photography. Kesihatan kedua orang tua saya (Mak dan Abah) berada ditahap yang agak merisaukan, (at least untuk seorang anak sulung seperti saya, ianya merisaukan). Bila tubuh tua mereka semakin dimamah usia dan kesihatan yang semakin meruncing, saya jadi terpana dan pilu. Segala usaha saya untuk menjaga dan berikhtiar berubat buat mereka bercampur aduk dengan bebanan kerja yang ditanggung.. Saya tidak merungut langsung, hanya sekadar mahu berkongsi kisah suka duka saya selama ini..

Click*Syndicate kini bukan lagi sebuah organisasi seperti mana ianya dahulu. Organisasi yang saya maksudkan ialah begini: Sebelum ini, Click*Syndicate adalah ramai.. Terdiri dari beberapa jurugambar professional dan separa profesional di bawah satu nama iaitu Click*Syndicate Photography.. Kini, Click*Syndicate hanyalah saya seorang.. Click*Syndicate ialah Farul Azri dan Farul Azri ialah Click*Syndicate. Tiada lagi Abu Bakar Fahmi a.k.a Enche Burn dan juga Daniel Malek atau Danny Malek dan juga tiada lagi mana-mana photographer yang bersama Click*Syndicate melainkan saya seorang.. Apa yang ada hanyalah mana-mana photographer profesional dan separa profesional yang akan ‘tag-along’ bersama saya dalam assignment assignment akan datang.. Tidak timbul langsung isu-isu seperti photographer bermasam muka sesama sendiri atau sebagainya.. Saya sebagai Principal Photographer telah menyediakan wadah dan juga ruang ilmu bagi mereka-mereka ini belajar dari pengalaman yang ingin saya taburkan secara percuma yang telah lebih 10 tahun saya kutip dalam kerja-kerja mengambil gambar (cuma setahun kebelakangan ini saya kembali aktif setelah diam bertahun lama) tapi atas alasan-alasan mereka sendiri yang tidak mahu (mungkin ego) belajar, maka apa daya saya lagi.. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka semua.. Amin dan inshaallah..

Buat Mak dan Abah, inshaallah.. Kesihatan yang baik masih ada buat kalian.. Buat Mak, Selamat Hari Ibu pada tanggal Mei 8 yang lepas dan buat Abah, Selamat Hari Bapa yang akan datang bulan depan.. Buat semua pengunjung The Blog ini, maafkan saya kerana dah lama tak update apa-apa gambar ataupun info terbaru, so bersama posting kali ini saya sertakan gambar-gambar sekitar majlis resepsi Intan & Fairuz di Taiping, Perak bersama rakan photographer saya Enche Hasbullah Hashim atau lebih glamer dengan nama Pak Lah The Pegawai Uganda.. Hehehe..

Gambar-gambar majlis ini akan saya bahagikan dalam 3 bahagian; #1 – Make up, #2 – Majlis Resepsi dan #3 – Outdoor.. So, guys and girls, keep on visiting okay.. Saya akan kembali aktif mengemaskini The Blog untuk tatapan anda semua.. Inshaallah..!

Wassalam

Farul Azri
Principal Photographer | Creative Director
Click*Syndicate Photography

+ (6) 012 610 8355
farulazri@click-syndicate.com



(more…)


Gia by Farul Azri

Okay guys and girls..

We gonna stop posting about wedding for a while. The wedding season for last year has already wave us all goodbye.. LOL.. Since there’s no wedding for the time being, we go and shoot something else. Over last week, our Principal Director, Farul Azri was assign by this beautiful lady known as Gia, an uprising actress and talented model to shoot for her modeling portfolios. Farul was assist by Daniel Malek on the shooting day. All of the editing and post-processing was done by Farul Azri him self..

Enjoy Gia in HDR (High Dynamic Range) format photography…

For more of Gia photos, please click: (more…)


Photografix Manipulation Series

The Invinsible Man

The Invincible Man – A self portrait by Farul Azri

Coming soon ‘The Photografix Manupulation Series’ at Click*Syndicate.. Stay tuned! :D

And for those who hasn’t done the booking yet regarding our July wedding promotions, please do so as the date is filling fast. Book us now for anytime of your wedding event date within this year and get the price of this promotions..! Contact our representative now!

:D